Rasanya saya bukanlah orang yang pertama mengajukan soalan di atas kepada awak. Betul tak? Mungkin awak sudah bosan dan sering gelisah apabila kawan-kawan atau ahli keluarga asyik mengajukan soalan-soalan seperti berikut:
- "Bila awak nak cari teman lelaki?"
- "Bila awak nak kahwin?"
- "Awak bila nak tamatkan zaman bujang?"
dan sebagainya.
Saya faham... awak bukannya tidak mahu kahwin ataupun mencari teman lelaki. Kalau ikutkan hati, sekarang juga ingin bercinta atau melangsungkan perkahwinan bersama si dia yang tersayang tetapi apakan daya kerana dunia ini seolah-olah tidak adil.
Selama ini setiap lelaki yang duduk di sebelah awak hanya memandang awak sekali, bangun, dan beredar begitu sahaja! Kenapa ini terjadi kepada awak? Adakah awak ditakdirkan hidup keseorangan? Adakah awak tidak mempunyai nasib sebaik wanita-wanita lain?
Tidak! Awak tidak mendapat teman lelaki ataupun suami kerana awak tidak mencari cinta tersebut!
4 comments:
perlu mencari atau ianya datang sendiri?
mencari perlu
saya sedang menunggu ia datang...bila ia datang saya lari pula... kerana tiada kekuatan untuk meneria ia...
sekali lagi...
mengapa saya keseorangn tanpa teman?
kerana saya masanya belum sampai untuk saya,walaupun saya teringinkannya...
eh...mengapa tempat ini saya meluahkan isi hati??!!
Catat Ulasan