Selasa, 27 September 2011
Isnin, 26 September 2011
Tanya Isteri Ben
Bila kita di alam percintaan,semuanya rasa indah. Hanya orang bercinta saja yang tahu nikmatnya bercinta. Tapi tak semuanya akan kekal lama atau bahagia.
Bila berpindah ke alam perkahwinan, semua pembohongan selama ini di sembunyikan tekah terbongkar. Bila kita bercinta, mestih kita menjaga sopan santun, adap ketika makan, tomo comot-comot...kata orang be the best waktu tu.
Tapi lepas kahwin 1 tahun....hahah...masa ini lah si lelaki kelihatan perangainya. Masa ini lah, kita tahu siapa dirinya sebenar. Itulah kalau nak tahu Ben Assaari yang sebenar-benarnya...tanya lah isterinya. Hehehe
Macam tu juga si perempuan....bayangkan, si suami pulang rumah setelah penat berkerja sepanjang hari...bila buka pintu je...si isteri dah berdiri di depan pintu..dengan tak mandinya, bau bawang, sayur, ikan...macam-macam bau lah..
Agaknya, si suami nak kah bermanja dengan isteri time tu...mesti tak kan! Mungkin bagi perempuan pada sekarang..terutamanya perempuan bujang. Dia tak kan buat macam tu bila dia kahwin....
Kau tunggu.......masanya :P
Cinta Sejati Tak Akan Datang Sendirinya
Betul tu dan saya tidak punyai sebab untuk menipu awak. Awak sebenarnya berhak mendapat mana-mana lelaki yang awak inginkan sepertimana wanita-wanita memperolehinya.
Ya, siapa sahaja lelaki di dunia ini, awak berhak untuk menjadi teman wanita atau isterinya! Namun, dengan satu syarat iaitu awak perlu mencari cinta sejati tersebut.
Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius.
Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.
Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 19.23% penceraian berlaku kerana tiada persefahaman!
Fakta telah menjelaskan segala-galanya bahawa ramai wanita Malaysia tersilap mencari teman hidup mereka yang akhirnya tiada persefahaman lagi.
Kenapa Awak Masih Keseorangan Tanpa Teman?
Rasanya saya bukanlah orang yang pertama mengajukan soalan di atas kepada awak. Betul tak? Mungkin awak sudah bosan dan sering gelisah apabila kawan-kawan atau ahli keluarga asyik mengajukan soalan-soalan seperti berikut:
- "Bila awak nak cari teman lelaki?"
- "Bila awak nak kahwin?"
- "Awak bila nak tamatkan zaman bujang?"
dan sebagainya.
Saya faham... awak bukannya tidak mahu kahwin ataupun mencari teman lelaki. Kalau ikutkan hati, sekarang juga ingin bercinta atau melangsungkan perkahwinan bersama si dia yang tersayang tetapi apakan daya kerana dunia ini seolah-olah tidak adil.
Selama ini setiap lelaki yang duduk di sebelah awak hanya memandang awak sekali, bangun, dan beredar begitu sahaja! Kenapa ini terjadi kepada awak? Adakah awak ditakdirkan hidup keseorangan? Adakah awak tidak mempunyai nasib sebaik wanita-wanita lain?
Tidak! Awak tidak mendapat teman lelaki ataupun suami kerana awak tidak mencari cinta tersebut!
9:27 PTG
Pari-Pari Cinta Bang

